Bandar warisan Taiping lazimnya dikaitkan dengan keindahan pokok hujan-hujan atau bangunan lama yang sarat dengan kisah bersejarah ketika kehadiran British dahulu.
Imej bandar itu sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah medunia dengan dianugerahkan sebagai bandar ketiga terbaik dunia pada 2018.
Bertepatan dengan itu, Program Festival Komuniti Be Tourist 2022 @ Taiping yang akan dianjurkan pada 1 Oktober depan, memberi fokus kepada himpunan pakej menarik kepada orang ramai.